Monday 24 August 2015

New

Well, life surely has changed a lot.
Remember when  the eager of  yours "jet2" as if you'll be a very spiritual blogger that would post everything now and then.
Nahh.. It's just a fairy tale of mine. Haha.
As if nuha as if.

Well, maybe exposing much myself to the outside world seems just not me.
and i'm in hoping nobody knows the existence of this blog.
but i just think nobody would.  lol  

Wednesday 13 March 2013

My School Club ?

Assalamualaikum !

So i have not been updated my blog like decades. Ceh ceh, not that long but yup its kinda long. So the one and only reason i updated this blog is because my school club ask me to do some thinggy with this blog thing. So people ignore every nonsense or kecelaruan that i will do.

So let me begin !

trenenene . . . .


Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam satu Malaysia ! ( ok skema )

Bagi Kelab Kesenian dan Kebudayaan pada hari ini saya akan memperkenalakan 

Seni Tekat .




Tadaaaa !  
Ini adalah seni Tekat. Mesti ramai yang tidak tahu tentang seni tekat ni kan. So saya sebagai Naib Pengerusi (cet poyo je ) ingin memperkenalkan seni tekat yang kian dilupa oleh orang ramai. Dahulunya seni tekat ini sangat masyhur oleh nenek-nenek atok-atok kita yang comel comel dahulu. Tekat ini adalah sejenis jahitan yang timbul menggunakan benang emas.

Fungsi tekat

Ia hanya digunakan untuk istiadat dan upacara tertentu. Ia digunakan sebagai kelengkapan perkahwinan, upacara peminangan, kelahiran, berkhatan, berkhatam Quran dan seumpamanya. Di kalangan kerabat diraja, tekat merupakan pakaian kebesaran dan hiasan seharian. Penggunaannya di kalangan masyarakat biasa agak terbatas kerana bahan asasnya merupakan bahan mewah. 

 p/s : katil pengantin umi ayah saya meggunakan seni tekat. keh keh keh. (my parents are so diraja like, LOL)

Jenis tekat

1. Tekat Timbul Bunga Emas

Tekat ini menggunakan mempulur sebagai awan untuk membentuk corak motif. Mempulur ialah kertas keras yang dipotong dan ditebuk mengikut corak motif. Sulaman benang emas akan menutupi mempulur di atas kain baldu.

2. Tekat Gubah

Tekat gubah tidak menggunakan mempulur sebagai corak gubahan. Pandai tukang hanya menyulam dan membentuk corak motif melalui benang merah yang dipanggil benang untina. Hiasan corak tekat gubah diiringi dengan labuci dan manik-manik. Kain dasar tekat gubah adalah dari kain biasa. Kegunaan gubahan tekat ialah menghiasi tudung saji, tepak sirih, kasut pengantin, sejadah, penutup pahar, peralatan upacara perkahwinan, lemudi pintu, pakaian diraja dan sebagainya.


Sekian sahaja dari saya . Harap post ini tidak membosankan.
Mekasih ziarah blog ini ! (kalaulah ada, LOL)




Work done .